klik sini cepat...

Saturday 27 February 2010

Tips JAuhi MaksiaT

  • Jauhi perkara yang menghampirkan anda kepada zina : 
Ramai pelajar dan orang awam berpendapat bahawa berzina itu sahaja yang haram, sedangkan sebenarnya Islam juga mnegharamkan perbuatan yang menjurus kepada penzinaan.
Ini juga termasuk juga keluar dating berdua-duaan, ke kelab-kelab malam, majlis yang bercampur aduk lelaki dan perempuan, parti-parti hiburan, menonton VCD lucah dan lain-lain. Allah s.w.t. memberi amaran kepada manusia :





Maksudnya :  Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).
(Surah al-Isra' : 32)

  • Elakkan menyertai aktiviti  melibatkan berlainan gender :
 Percampuran seperti inilah yang memulakan langkah awal ke lembah zina. Dari mana datangnya NAFSU? dari mata turun ke hati...

  • Di dalam dewan kuliah duduk bersama rakan-rakan sejenis :
Ini juga memberikan keselesaan kepada anda untuk memberikan perhatian kepada kuliah.
  • Elakkan study berdua-duaan dengan rakan berlainan jenis :
Jika perlukan bimbingan dalam pelajaran, cari kawan yang sejenis untuk membantu, jika tidak eloklah study berkumpulan.
  • Jika ada rakan yang mengajak anda keluar berdua-duaan dengannya untuk apa sahaja alasan, tolak sahaja permintaannya :
Biarlah dikatakan sombong kerana tidak menerima ajakannya asalkan anda selamat dunia dan akhirat.
  • Jangan sekali-kali menjejakkan kaki ke tempat maksiat :
Jangan sekali-kali meletakkan niat untuk mencuba-cuba dan menambah pengalaman untuk ke tempat sedemikian.
  • Jangan sekali-kali berpegangan tangan dengan kekasih anda :
Jangan benarkan dia menyentuh anda walaupun hanya berpegangan tangan, kerana hukumnya haram. Takut juga kalau-kalau diberikan betis, hendakkan paha......
  • Setkan dalam Minda anda :
Jika lelaki itu sanggup melakukan dosa dengan memegang atau meraba tubuh badan anda, jangan harap dia akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak anda kelak..

Renungkanlah ye....

3 comments:

  1. Alhamdulillah satu lagi pengisian yang baik untuk hari ini. Tahniah bro.

    ReplyDelete
  2. Yup...tahniah bro...Ble kte buat maksiat,tuhan keji, rezki sempit,hdup xtenang...so,andai pernah terlanjur, cepat2 taubat...mudahan x bertambah dosa, x bergelap iman dihati,n yang penting hidup n mati diberkati...Amin...

    ReplyDelete