klik sini cepat...

Monday, 22 February 2010

Perkara-Perkara yang Boleh Menenangkan Hati Ibu (tetapi sering diabai oleh anak-anak)


  • Bercakap dengan suara yang lembut dan lunak.
  • Memanggil ibu dengan nada yang manja dan keanak-anakan (walaupun sudah dewasa).
  • Menceritakan kepadanya peristiwa -peristiwa yang berlaku kepada diri anda.
  • Minta kebenaran daripada ibu jika hendak kemana-mana.
  • Tidak memaksa ibu memberikan kebenaran untuk anda keluar rumah jika dia menyatakan tidak.
  • Tidak mengingkari suruhannya.



" Seorang ibu tidak megharapkan 
sebarang balasan 
daripada perit jerihnya
membesarkan anak-anak,
melainkan kebahagian mereka..."


  • Minta nasihat daripadanya dalam semua perkara terutamanya hal kewanitaan (perempuan sahaja).
  • Menjadikan ibu sebagai tempat mengadu.
  • Cium tangan ibu ketika keluar rumah dan selepas solat.
  • Selalu menghubungi ibu (telefon).
  • Membantu ibu menyiapkan kerja-kerja dapur.
  • Tidak memanggil dengan namanya atau dengan gelaran yang kurang sopan.
  • Menulis warkah kepadanya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

No comments:

Post a Comment