klik sini cepat...

Friday, 26 February 2010

Tip MengEratkan HubungaN denGaN sahaBat...

  1. Kenang segala kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda, dan jangan terlalu mengungkit semua bakti yang pernah kita berikan kepada mereka.
  2. Jangan terlalu menyayanginya sehingga membiarkannya melakukan kerosakan terhadap dirinya atau terhadap diri anda.
  3. Hormati dirinya dan keadaannya. Jangan sekali merendah-rendahkan dirinya.
  4. Berjabat tangan dengannya setiap kali bertemu dan bermanis muka.
  5. Sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.
  6. Menegur dan menasihati jika dia melakukan sebarang maksiat atau kesalahan. Kawan yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya hanyut dalam maksiat.
  7. Jangan meminta sesuatu yang tidak dapat dilakukan atau sesuatu yang menyusahkannya.
  8. Sentiasa bersedia mengulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan.
 Sabda Rasulullah s.a.w. :

Maksudnya :
"Sesiapa yang meringankan kesusahan orang Mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan kesukaran orang lain, Allah akan mempermudahkan kesukarannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup(aib) seorang Muslim, Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolonh hamba-Nya, selagi dia menolong saudaranya."


(Riwayat Muslim)    


       9.   Memanggilnya dengan nama atau gelaran yang disukainya.
     10.  Utamakan kepentingan sahabat lebih daripada diri sendiri. Sebagaimana,


sabda Rasulullah s.a.w. : 

 Maksudnya  : 
"Tidak berimanlah seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya."

(Riwayat Bukhari dan Muslim)    
 



 
SaHabat sejati susah dicari sahabat biasa mudah diperolehi...
(Gambar Hiasan)