klik sini cepat...

Sunday, 28 February 2010

3 KatEgoRi Manusia....

Saya MestiLah Hidup Untuk Islam...
  • Pengakuan beragama Islam bererti sya mesti hidup berdasarkan ISLAM, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlak. Jikaulau sya mengaku diri saya seorang muslim ertinya saya, rumah-tangga saya dan ahli keluarga saya mestilah hidup menghayati ISLAM.


  • Golongan yang hidup untuk dunia sahaja
    golongan ini merupakan golongan kebendaan(materialistik); berdasarkan falsafah dan golongan 'Dahriyyin'. Pandangan Dahriyyin ini di jelaskan oleh Al-Quran sebagai berikut :







    Malay :
    " Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) :" Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan".
    English :
    They say (subconsciously), "We live only this life; we will not be resurrected."
    (Surah Al-An'am 6: Ayat 29)



    Allah berfirman :







    Malay :
    "Mereka berkata : Kehidupan kita ini tiada lain melainkan kehidupan di dunia sahaja, kita mati(tiada) kemudian kita hidup dan tidak ada membinasakan kita selain dari masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka itu tiada lain hanya menduga-duga sahaja".
    English :
    They said, "We only live this life; we live and die and only time causes our death!" They have no sure knowledge about this; they only conjecture.

    (Surah Al-Jathiyah 45 : Ayat 24)


    • Golongan yang Sesat antara Dunia dan Akhirat
    Mereka ini ialah orang kebanyakan. 'Aqidah mereka telah menyimpang namun, mereka menyangka yang mereka telah berbuat baik. Walaupun mereka ini percaya kepada Allah dan hari akhirat, namun 'aqidah  mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terputus dari realiti kehidupan.


     
    Melayu :
    "Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,binatang-binatang ternakan dan sawah-ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik".
    English :
    Adorned for the people are the worldly pleasures, such as the women, having children, piles upon piles of gold and silver, trained horses, livestock, and crops. These are the materials of this world. A far better abode is reserved at GOD.

    ( Surah Ali-'Imran 3 : Ayat 14)
    • GolonGan yang Menganggap duNia adalah LadanG untuk Akhirat
    Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup dunia ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firman Allah s.w.t. :

     
    Melayu :
    "Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang betaqwa. Apakah kamu tidak berfikir".
    English :
    He is the one GOD in the heavens and the earth. He knows your secrets and your declarations, and He knows everything you earn. 
    (Surah Al-An'am 6 : Ayat 3)

    myMetro | Layu di Tasik Titiwangsa

    myMetro | Layu di Tasik Titiwangsa

    Saturday, 27 February 2010

    Tips JAuhi MaksiaT

    • Jauhi perkara yang menghampirkan anda kepada zina : 
    Ramai pelajar dan orang awam berpendapat bahawa berzina itu sahaja yang haram, sedangkan sebenarnya Islam juga mnegharamkan perbuatan yang menjurus kepada penzinaan.
    Ini juga termasuk juga keluar dating berdua-duaan, ke kelab-kelab malam, majlis yang bercampur aduk lelaki dan perempuan, parti-parti hiburan, menonton VCD lucah dan lain-lain. Allah s.w.t. memberi amaran kepada manusia :





    Maksudnya :  Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina
    itu satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kepada kerosakan).
    (Surah al-Isra' : 32)

    • Elakkan menyertai aktiviti  melibatkan berlainan gender :
     Percampuran seperti inilah yang memulakan langkah awal ke lembah zina. Dari mana datangnya NAFSU? dari mata turun ke hati...

    • Di dalam dewan kuliah duduk bersama rakan-rakan sejenis :
    Ini juga memberikan keselesaan kepada anda untuk memberikan perhatian kepada kuliah.
    • Elakkan study berdua-duaan dengan rakan berlainan jenis :
    Jika perlukan bimbingan dalam pelajaran, cari kawan yang sejenis untuk membantu, jika tidak eloklah study berkumpulan.
    • Jika ada rakan yang mengajak anda keluar berdua-duaan dengannya untuk apa sahaja alasan, tolak sahaja permintaannya :
    Biarlah dikatakan sombong kerana tidak menerima ajakannya asalkan anda selamat dunia dan akhirat.
    • Jangan sekali-kali menjejakkan kaki ke tempat maksiat :
    Jangan sekali-kali meletakkan niat untuk mencuba-cuba dan menambah pengalaman untuk ke tempat sedemikian.
    • Jangan sekali-kali berpegangan tangan dengan kekasih anda :
    Jangan benarkan dia menyentuh anda walaupun hanya berpegangan tangan, kerana hukumnya haram. Takut juga kalau-kalau diberikan betis, hendakkan paha......
    • Setkan dalam Minda anda :
    Jika lelaki itu sanggup melakukan dosa dengan memegang atau meraba tubuh badan anda, jangan harap dia akan menjadi bapa yang bertanggungjawab kepada anak-anak anda kelak..

    Renungkanlah ye....

    Friday, 26 February 2010

    Tip MengEratkan HubungaN denGaN sahaBat...

    1. Kenang segala kebaikan yang pernah dilakukannya terhadap anda, dan jangan terlalu mengungkit semua bakti yang pernah kita berikan kepada mereka.
    2. Jangan terlalu menyayanginya sehingga membiarkannya melakukan kerosakan terhadap dirinya atau terhadap diri anda.
    3. Hormati dirinya dan keadaannya. Jangan sekali merendah-rendahkan dirinya.
    4. Berjabat tangan dengannya setiap kali bertemu dan bermanis muka.
    5. Sentiasa mendoakan kebaikan untuknya.
    6. Menegur dan menasihati jika dia melakukan sebarang maksiat atau kesalahan. Kawan yang baik tidak akan membiarkan sahabatnya hanyut dalam maksiat.
    7. Jangan meminta sesuatu yang tidak dapat dilakukan atau sesuatu yang menyusahkannya.
    8. Sentiasa bersedia mengulurkan bantuan bila-bila masa diperlukan.
     Sabda Rasulullah s.a.w. :

    Maksudnya :
    "Sesiapa yang meringankan kesusahan orang Mukmin di dunia, Allah akan meringankan kesusahannya pada hari kiamat. Sesiapa yang memudahkan kesukaran orang lain, Allah akan mempermudahkan kesukarannya di dunia dan di akhirat. Sesiapa yang menutup(aib) seorang Muslim, Allah akan menutup (aibnya) di dunia dan di akhirat. Allah sentiasa menolonh hamba-Nya, selagi dia menolong saudaranya."


    (Riwayat Muslim)    


           9.   Memanggilnya dengan nama atau gelaran yang disukainya.
         10.  Utamakan kepentingan sahabat lebih daripada diri sendiri. Sebagaimana,


    sabda Rasulullah s.a.w. : 

     Maksudnya  : 
    "Tidak berimanlah seseorang itu sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya."

    (Riwayat Bukhari dan Muslim)    
     



     
    SaHabat sejati susah dicari sahabat biasa mudah diperolehi...
    (Gambar Hiasan)

    Monday, 22 February 2010

    Perkara-Perkara yang Boleh Menenangkan Hati Ibu (tetapi sering diabai oleh anak-anak)


    • Bercakap dengan suara yang lembut dan lunak.
    • Memanggil ibu dengan nada yang manja dan keanak-anakan (walaupun sudah dewasa).
    • Menceritakan kepadanya peristiwa -peristiwa yang berlaku kepada diri anda.
    • Minta kebenaran daripada ibu jika hendak kemana-mana.
    • Tidak memaksa ibu memberikan kebenaran untuk anda keluar rumah jika dia menyatakan tidak.
    • Tidak mengingkari suruhannya.



    " Seorang ibu tidak megharapkan 
    sebarang balasan 
    daripada perit jerihnya
    membesarkan anak-anak,
    melainkan kebahagian mereka..."


    • Minta nasihat daripadanya dalam semua perkara terutamanya hal kewanitaan (perempuan sahaja).
    • Menjadikan ibu sebagai tempat mengadu.
    • Cium tangan ibu ketika keluar rumah dan selepas solat.
    • Selalu menghubungi ibu (telefon).
    • Membantu ibu menyiapkan kerja-kerja dapur.
    • Tidak memanggil dengan namanya atau dengan gelaran yang kurang sopan.
    • Menulis warkah kepadanya sekurang-kurangnya sebulan sekali.

    Friday, 19 February 2010

    PAKWE anda belum benar-benar Mencintai anda Jika :

    • sering menganggu anda dengan menelefon atau sms ketika anda mengulangkaji.
    • sering mengajak anda ketempat-tempat sunyi.
    • cuba mencium anda walaupun anda sering memberikan amaran agar memberhentikannya.
    • suka memegang tangan anda dan kadang-kadang berpura-pura tidak sengaja.
    • selalu meminta tolong menyiapkan assignment.
    • banyak alasan dan tidak ikhlas menolong sekiranya anda memerlukan bantuan.
    • selalu minta anda untuk membelanjakan makan tengahari dan topup.
    • tidak dibenarkan anda bersama lelaki lain walaupun sekadar mengulang kaji pelajaran atau study group.
    • sering mengajak anda ke tempat-tempat yang tidak elok seperti panggung wayang, parti dan kelab malam.
    • bercakap isu-isu lucah 18SX dengan anda tanpa rasa malu.
    • sering menghantar sms lucah dan gambar tidak senonoh.
    • tidak berminat membincangkan soal pelajaran.
    • anda tidak pernah melihatnya menunaikan solat atau ibadah lain.

     

    Allah kurniakan akal cukup sempurna,
    Usah biarkan dirimu hanyut diulit mimpi lena,
    Sedarlah! Renunglah sejenak...
    sejauh mana kekuasaan mu sahabat? sejauh mana...

    Thursday, 18 February 2010

    MakwE anda BELUM benar-benar Mencintai anda Jika :

    • Sering mengajak anda keluar berjalan-jalan (buang masa).
    • Selalu sangat meminta anda belanjanya makan dan shopping.
    • Asyik menghubungi anda siang dan malam.
    • Ingin mengikut anda kemana sahaja anda pergi.
    • Selalu meminta anda menyiapkan assignmentnya
    • Tidak pernah mengingatkan anda untuk bersolat apabila tiba waktunya.
    • Tidak berminat membincangkan soal pelajaran. 


    Kesimpulan : Jika semua atau salah satu ciri-ciri diatas
                        dimiliki makwe anda, confirm dia
                        tidak telus mencintai anda, tetapi lebih berminat
                        untuk mengambil kesempatan terhadap
                        anda.

    iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

    iLuvislam.com | Discover the Beauty of Islam

    Wednesday, 17 February 2010

    Public park turning into a monkey enclave

    Public park turning into a monkey enclave

    myMetro | Tazkirah Remaja: Tazkirah Remaja

    myMetro | Tazkirah Remaja: Tazkirah Remaja

    tips aGar diMakbulkan dOa (^.^)

    1.   Berada dalam keadaan berwuduk.
    2.   Menghadap kearah kiblat.
    3.   Merapatkan jari-jari kecuali ibu jari.
    4.   Memulakan dengan pujian kepada ALLAH dan Selawat ke atas Nabi s.a.w..
    5.   Bertaubat kepada ALLAH sebelum berdoa.
    6.   Menyeru ALLAH dengan nama-nama-NYA yang mulia.
    7.   Berdoa dengan ikhlas dan jujur.
    8.   Bersungguh-sungguh ketika berdoa.
    9.   Berdoa dengan khusyuk dan rendah diri.
    10. Mengangkat kedua-dua belah tangan.
    11. Berdoa dengan sabar dan tidak terburu-buru mengharapkan jawapan dari-NYA.
    12. Berdoa dalam keadaan senang atau susah.
    13. Tidak sekali-kali mendoakan sesuatu yang buruk terhadap diri atau orang lain.
    14. Hindari berdoa pada tempat maksiat.
    15. Berdoa dengan suara yang sayu dan tawaduk.
    16. Berdoa untuk diri sendiri sebelum mendoakan orang lain.
    17. Menyapu muka dengan tangan selepas berdoa.
    18. Mengakhiri doa dengan puji-pujian kepada ALLAH dan selawat ke atas Nabi s.a.w..
    19. Mengamikan doa.
    20. Sentiasa yakin doaakan dimakbulkan.


    Mintalah dari-NYA bukan dari manusia pasti DIA memperkenankan padamu...

    Tuesday, 16 February 2010

    daLam BesaHAbat...

    1. JANGAN lupa mengucapkan terima kasih atas kebaikan yang telah mereka lakukan terhadap kita.
    2. Jika sahabat diumpat dibelakang :
    • wajib kita dibela daripada fitnah tersebut jika kita diam, bermakna kita setuju dengan orang yang mengumpat tersebut.
    3. Jikalau sahabat kita membuat aniaya kepada kita, SABAR.....jangan marah sebaliknya banyakkan membuat
        kebaikan kepadanya.
    4. SENTIASA memaafkan sahabat tersebut daripada memarahinya.
    5. Berdiam diri daripada mengaibkan sahabat tersebut.
    6. Apabila sahabat melakukan kesalahan, JANGAN dimarahi, malah nasihat sahabat tersebut untuk
        menaikan kembali semangatnya.


     Sahabat Sebenar ???

    • Jika kamu ditegur dikhalayak ramai, dia akan membantumu (back-up).
    • Bersahabat bukan atas dasar kepentingan diri. malah kepentingan ummah.

    daripada Abu Dhabat :

    Jika sahabat tersebut mula jauh daripada kita, 
    jangan ditinggalkannya, jangan dibiarkannya kerana
    ia membuntukan pertolonganmu....


     
    bantulah mereka...mereka memerlukan pertolonganmu Sahabat...

    Friday, 12 February 2010

    PesaN Al-Imam AL-Ghazali

    kata IMAM Al-Ghazali, jika kamu mencari sahabat yang sebenar, carilah yang sentiasa menasihati kamu, yang tidak megatamu bila kau tidak berada bersamanya, yang melindungimu bila kamu difitnah, yang tidak pernah bercakap tidak baik mengenaimu.....

    Tuesday, 9 February 2010

    How to calculate Power of Pump...


    Rumus Pengiraan




    Kuasa Pam = Ketumpatan x graviti x Kadaralir x Jumlah Kehilangan Turus
                                                        Kecekapan Mekanikal


                         = ρ x g x Q x Ht (Watt)
                            η mekanikal


    Jumlah Ht =  Hs + Hf  + H fitting + Hv + Hs

    Ht = Jumlah kehilangan Turus
    Hs = Jumlah Turus Statik dan Jumlah Turus Hantaran
    Hf = Jumlah kehilangan pada paip Lurus
    H fitting = Jumlah kehilangan pada fitting
    Hv = Jumlah Halaju( Tangki Hantaran dan Tangki Sedutan)
    Hs = Jumlah Tekanan( Tangki Tertutup)


    Jumlah Turus Statik & Jumlah Turus Hantaran


    Turus Statik, Hs = Turus Hantaran  – Turus Sedutan

    Turus Hantara, Hs = Turus Sedutan + Turus Hantaran


    Kehilangan pada paip lurus, Hf =  4fLV²
                                                                 2dg

    f  = pekali geseran
    L = panjang paip lurus
    d = diameter paip lurus
    g  = gravity
    V =  halaju







    Jumlah Kehilangan pada fitting, H fitting

    H fitting =  x k
                        2g

    Vs²(Sedutan), Vd²(Hantaran) = Halaju bendalir
    k  = Pekali geseran fitting
    g  = Tekanan graviti



    Jumlah Turus Halaju, Hv


    Hvs = Vs²                                                              Hvd =  Vd²
               2g                                                                             2g


    Hvs = Halaju pada Tangki Sedutan
    Hvd = Halaju pada Tangki Hantaran
    Vs   = Halaju sedutan
    Vd  = Halaju hantaran
    g     = Tekanan gravity



    Kadaralir, Q = Jarak lejang(L) x Luas Omboh(A) x Kelajuan Pam(N)



    Halaju, V =      Kadaralir, Q
                          Luas Omboh, A




                                 

    Tuesday, 2 February 2010

    MuhaSabaH baLik ye...

    Bile Sihat,
    ikot dan je....nak pegi mne?
    makan, minum, berhibur, shopping dll la....
    tak pernah ingat kat Tuhan...

    Tapi bile sakit?
    ingat pulak kat Tuhan.....

    Bile banyak duet,
    yang ade hutang....lupa la pulak nak  bayar...
    nak makin betambah lagi....
    rasa sayang je nak belanja duit kat membe2(sedekah la)...
    x kesah habis duit untuk AWEK!
    padahal MAK yang patutnye dapat.....bg la sket...

    Bile ade Awek@aci@marka,
    x igat da.....yang dok bawak anak orang...
    boleh pulak bawak macam bini...je....
    padahal tak kawin pown lagi....
    bile tanye.....aku orang ISLAM....
    tapi...nama je ISLAM...kalo le paham betul2,
    dah bertunang pown blom leh bawak anak dre orang ke hulu-hilir lagi...

    Bile tanye, nak dapat ISTERI @ SUAMI yang baik....
    tapi diri sendiri pown x nak jadi yang terbaik....
    untuk mu muslimat....
    jangan teralu mudah percaya kata2 dari lelaki...
    meskipun rasa sayangmu berbelah bahagi....
    JANGAN sekali-kali membelah dangan Hukum Syariat...