- Bercakap dengan suara yang lembut dan lunak.
- Memanggil ibu dengan nada yang manja dan keanak-anakan (walaupun sudah dewasa).
- Menceritakan kepadanya peristiwa -peristiwa yang berlaku kepada diri anda.
- Minta kebenaran daripada ibu jika hendak kemana-mana.
- Tidak memaksa ibu memberikan kebenaran untuk anda keluar rumah jika dia menyatakan tidak.
- Tidak mengingkari suruhannya.
" Seorang ibu tidak megharapkan
sebarang balasan
daripada perit jerihnya
membesarkan anak-anak,
melainkan kebahagian mereka..."
- Minta nasihat daripadanya dalam semua perkara terutamanya hal kewanitaan (perempuan sahaja).
- Menjadikan ibu sebagai tempat mengadu.
- Cium tangan ibu ketika keluar rumah dan selepas solat.
- Selalu menghubungi ibu (telefon).
- Membantu ibu menyiapkan kerja-kerja dapur.
- Tidak memanggil dengan namanya atau dengan gelaran yang kurang sopan.
- Menulis warkah kepadanya sekurang-kurangnya sebulan sekali.
No comments:
Post a Comment