klik sini cepat...

Thursday, 5 July 2012

Ramadhan...

hadirmu,
disambut dengan penuh riang-ria,
diraikan oleh mereka-mereka yang sentiasa...
mengucapkan syukur pada pencipta-NYA,
tanpa rasa duka dan sengsara.

hadirmu,
buat kami berlumba mengimarahkannya,
ganjaranmu berlipat kali ganda banyaknya,
menundukkan martabat seorang hamba,
mendekatkan diri pada pencipta-NYA.

ketibaanmu,
mengingatkan 'status' kami sebagai hamba,
tangisi dugaan dialami mereka,
menjadikan kami lebih bertaqwa,
mensyukuri nikmat pinjaman-NYA.

pemergianmu,
ditangisi mereka yang benar bertaqwa,
disambut ria mereka yang alpa dan leka,
melupakan mereka bahawasanya,
ini Ramadhan terakhir untuk dirinya.

karya aMirul Hayyad bin hussaiN
(15 sya'ban 1433 H) 23:14

Monday, 10 October 2011

Pengalaman...


kadang terasa seperti angin bayu,
tenang, lembut serta dingin...
terasa jua seperti api,
panas, hangat dan menyakitkan...
Namun,
Itulah yang mendewasakan insan,
menjadikannya matang dan lebih berfikiran,
meniup semangat untuk terus berjuang di masa hadapan...

Pengalaman..
kadangkala menjatuhkan insan,
adakalanya meningkatkan keyakinan,
Namun, bergantung pada insan.
adakah ditempuhi dengan ketabahan?
dilalui dengan kesabaran?
dipenuhi dengan keazaman?
mengimbau kembali kemanisan,
mengenangkan jua keperitan insan.

Pesan buatmu teman,
usah dibiar pengalaman,
menghantuimu untuk membuat keputusan,
memperoleh kehidupan lebih baik pada masa hadapan.
Sulamilah ia dengan
usaha,
doa,
dan tawakal kepada-NYA.
agar kau lebih bersedia untuk ujian yang seterusnya...

Friday, 19 August 2011

PerHatian Sahabat2...


Buka kmputer/laptop anda pada Local Disk (C) pastu
Program Files pastu Microsoft Office (x86) / Microsoft Office pastu Media pastu CAGCAT10 , c
ari gmbr no J0285926 dan klik. Anda akan jumpa gmbr Lambang/bendera Zionis Israel lengkap (persis dgn wrna aslinya) dgn lilin (sarana ibadah mereka). deletekan pic itu dan tahukah anda Gmbr t'sebut ada di seluruh PC & Laptop. sebarkan kepada semua yg mengenali..!!!!!


aPE koMen dan apa yaNg anda Lakukan? jiKa...

  • bila orang kata anda Malas / apabila anda sememangnya seorang pemalas?
  • bila orang kata anda tidak menepati janji  / apabila  anda memang tidak menepati janji?
  • bila orang kata anda tidak bertanggungjawab / apabila anda memanG tidak bertanggunjawab?
  • bila orang kata anda tidak cermat / apabila anda memang suka membazir?
  • bila orang kata kedekut / apabila anda memang seorang yang bakhil?
  • bila orang kata anda suka menunjuk / apabila anda memang ingin menunjuk apa yang anda buat.
  • bila orang kata anda pemarahapabila anda memang seorang yg panas baran?
  • bila anda suka menyalahkan org lain / wal hal itu memang salah anda sendiri?
  • bila orang kata awak jahil ilmu (agama) / padahal memang awak betul- betul jahil ilmu...


Salah Sendiri = kucinG mangsE

*diharap SahabaT mendapat jawapan yang jujur dan inGatlah tidaK saLah untuk berubah dan berubah
 juga tidak memerlukan ($) untuk menjayakannya...


BeRuBAH = [sedikit renungan(motivasi) + (fikiR)jalan penyelesaian] x diri senDiri

SaLam Ramadhan! : p

Monday, 8 November 2010

RenuNgkan...

Indah ciptaan Mu Tuhan...
Menciptakan Langit dan Bumi 
menjadi tempat teduh dan tempat berlindung....
 
pada manusianya Panas Terik,
Hujan...yang menyukarkan untuk bergerak seperti hari-hari biasa,
anGin taufan yang kuat...membuatkan semua berterbangan....

Namun,
jarang sekali hamba-hamba-Mu ini....
berfikir sejenak, bersangka baik dan mengambil iktibar..
di setiap kejadian yang berlaku...
kerana...hamba-Mu ini hanya akan mencari-Mu pabila diperlukan....

dimana,
apabila hati mereka dikecewakan,
bila ditimpa masalah berat,
dilanda keresahan yang amat panjang....
menanggung beban hutang... 

tetaPi...
dimanakah hamba-Mu ini bila senang?
adakah dirumah anak yatim?
atau di rumah ibadat-Mu?
ataupun di kubur kecil....untuk merenung sejenak...
dan kembali mengingati kepada penciptan-Nya...

hamba ini jua seperti mereka....
namun terus berusaha untuk berada di jalan-Mu....
bukan hanya untuk diri...tetapi membawa mereka jua...
kerana itulah tanggungjawabku setelah mengikat janji suatu ketika dahulu....
(2 Zulhijjah 1431H)
(1.28am)

Wednesday, 22 September 2010

Nak ini, nak itu....tapi.....


Kita selalu meminta….
Kalaulah…..
Andai kate….
Kan bagus…..

Tapi pernahkah kita fikirkan…
Alhamdulillah…..
Beruntungnya aku….
Bertuahnya aku….
Syukur pada-MU Ya-Allah….

Inilah sifat manusia…kadang kala
Kufur dengan nikmat yang telah dikurnia oleh-NYA
Tak  pernah cukup dengan apa yang telah di berikan…
Jarang sekali berfikir mengenai insan-insan yang kurang upaya..




Bukan hendak menunding jari….
Hanya untuk meningkatkan motivasi diri dan sahabat-sahabat sekalian…
Mungkin walaupun hanya sedikit untuk renungan bersama…
Diharap ianya akan sentiasa tersemat didalam jiwa-jiwa…

Renungkanlah sahabat-sahabat…..kau tak perlu tergesa-gesa untuk berubah…
Tetapi ingatlah…..kau perlu bermula langkah apabila jalan telah dibuka…kerna
Allah masih menyayangi dirimu dan jangan biarkan ALLAH menutup jalan yang telah
bukakan terhadapmu….

Mungkin perubahan ini membuatkan dikau lebih bahagia berbanding sekarang…lebih mensyukuri nikmat-NYA, dan menjadikan yang lebih baik….jangan pandang kebelakang….sebab ALLAH Maha Pengampun terhadap hamba-hamba-NYA…..dan bersangka baiklah terhadap-NYA…



Sedikit untuk renungan BersaMa…

Nurkilan…
aMiRuL_HayyaD
14 Syawal 1431H(23.00)

Saturday, 28 August 2010

pEsanaN daRi orang Lama

saya diberitahu bukan mudah untuk mendapatkan cinta....
ia perlu disulami dengan penGorbanan, keikhlasan, kejujuran dan macam-macam untuk mendapatkan kejayaan pada hari yang mendatang....
namun....adakah semua itu keKal berpanjangan?
adakah cukup dengan itu untuk membawa bekalan pada hari yang mendatanG?
kita lupa bila mendengar janji-janji manis terutamanya dari seorang lelaki(bagi pihak perempuan) yang ingin membina mahligai kehidupan bersammanya....
membina MAsJiD bersamanya....akan tetapi...sebeLum menilai MasJid yang akan dibina,adakah tuan ImaM kepada masjid tersebut benar-benar ikhlas untuk meMbinanya atau hanya sekadar manIs berkata-kata?
Add caption
ingatlah wanita....kau amat suci namun...jangan diarkan hatimu dileburkan dengan kaa yang manis seperti gula....nilailah dengan seadilnya sebelum membuat keputusan...dan reButlah peluang sekiranya kau diberi peluang....jangan dibiarkan maSjidmu rugi untuk beKalan yang akan Mendatang....

ingatlah walaupun sedikit...tapi boleh direnungkan bersama....salam...

Saturday, 21 August 2010

Pengalaman...


kadang terasa seperti angin bayu,
tenang, lembut serta dingin...
terasa jua seperti api,
panas, hangat dan menyakitkan...
Namun,
Itulah yang mendewasakan insan,
menjadikannya matang dan lebih berfikiran,
meniup semangat untuk terus berjuang di masa hadapan...

Pengalaman..
kadangkala menjatuhkan insan,
adakalanya meningkatkan keyakinan,
Namun, bergantung pada insan.
adakah ditempuhi dengan ketabahan?
dilalui dengan kesabaran?
dipenuhi dengan keazaman?
mengimbau kembali kemanisan,
mengenangkan jua keperitan insan.

Pesan buatmu teman,
usah dibiar pengalaman,
menghantuimu untuk membuat keputusan,
memperoleh kehidupan lebih baik pada masa hadapan.
Sulamilah ia dengan
usaha,
doa,
dan tawakal kepada-NYA.
agar kau lebih bersedia untuk ujian yang seterusnya...