klik sini cepat...

Saturday, 28 August 2010

pEsanaN daRi orang Lama

saya diberitahu bukan mudah untuk mendapatkan cinta....
ia perlu disulami dengan penGorbanan, keikhlasan, kejujuran dan macam-macam untuk mendapatkan kejayaan pada hari yang mendatang....
namun....adakah semua itu keKal berpanjangan?
adakah cukup dengan itu untuk membawa bekalan pada hari yang mendatanG?
kita lupa bila mendengar janji-janji manis terutamanya dari seorang lelaki(bagi pihak perempuan) yang ingin membina mahligai kehidupan bersammanya....
membina MAsJiD bersamanya....akan tetapi...sebeLum menilai MasJid yang akan dibina,adakah tuan ImaM kepada masjid tersebut benar-benar ikhlas untuk meMbinanya atau hanya sekadar manIs berkata-kata?
Add caption
ingatlah wanita....kau amat suci namun...jangan diarkan hatimu dileburkan dengan kaa yang manis seperti gula....nilailah dengan seadilnya sebelum membuat keputusan...dan reButlah peluang sekiranya kau diberi peluang....jangan dibiarkan maSjidmu rugi untuk beKalan yang akan Mendatang....

ingatlah walaupun sedikit...tapi boleh direnungkan bersama....salam...

Saturday, 21 August 2010

Pengalaman...


kadang terasa seperti angin bayu,
tenang, lembut serta dingin...
terasa jua seperti api,
panas, hangat dan menyakitkan...
Namun,
Itulah yang mendewasakan insan,
menjadikannya matang dan lebih berfikiran,
meniup semangat untuk terus berjuang di masa hadapan...

Pengalaman..
kadangkala menjatuhkan insan,
adakalanya meningkatkan keyakinan,
Namun, bergantung pada insan.
adakah ditempuhi dengan ketabahan?
dilalui dengan kesabaran?
dipenuhi dengan keazaman?
mengimbau kembali kemanisan,
mengenangkan jua keperitan insan.

Pesan buatmu teman,
usah dibiar pengalaman,
menghantuimu untuk membuat keputusan,
memperoleh kehidupan lebih baik pada masa hadapan.
Sulamilah ia dengan
usaha,
doa,
dan tawakal kepada-NYA.
agar kau lebih bersedia untuk ujian yang seterusnya...

Saturday, 29 May 2010

keHidupan....

cinta....
maNusia acap kali berkata...
Cinta itu indah....
cinta itu membahagiakan....
Cinta itu adalah segala-galanya...
naMun cinta itu kurasakan ZaLiM...
meraGut segala kebahagiaan....
cinTa penuh dengan keZaliman....
tidak sEindah yang disanGkakan....


keNapa......
acapkali akU...
menJadi maNgsa pErcintaaN?
mangsa pErmainan?
kau ibaratku seperti bintang di cakeRawala,
inDah bila direnungi, ditatapi....
namuN hanya untuk seketika.....
keRana aku tidak seperti yang engkau ingini...


waktU.....
akan teRus berLalu...
kehiduPan......
akan terus ditElan aRus.....
namun adakah rindu...
akan ditelan waktu?
akan terus berlalu seperti sungai?
bukaN mudah...untuk menghapuskan semua itu...
ia akan teTap bersama buat sElamanya....


Tuhan....
aku dengan pEnuh rendaH diri...
pohon kemaaFan kepada-Mu...
meminta petunjuk hidayah-Mu...
agar diriku dan orang di sekelilinGku...
dibErikan petunjuk dan Nur kebenaraN...
untuk mengHadapi hidup ini denGan tabaH..
dan Engkau bimbinGlah mereka unTuk kembali kejalan-Mu..
hanya Engkau berkuasa diatas sEgalanya...


keMaafan....
ku unGkapkan....
disetiap haTi yang terGuris....
disetiap haTi yang membEnci...
disetiap kesilapanku...
kucuba mEnjadi yang tErbaik....
naMunku tidak bErpeluang....
agar tidak menjadi kEnangan,
kusElitkan dalam ingatan dan....
kusimPulkan denGan cahaya kekuatan...
supaya mEnjadi lebih baik pada maSa akan datang

karya :
aMiruL_hayyaD
26 May 2010
12 Jamadilakhir 1431H

Friday, 26 March 2010

StrateGi BelaJaR...

1. Bermotivasi Tinggi
  • Meletakkan keinginan dan matlamat utama untuk mencapai kejayaan.
  • Belajar untuk mendapat keredaan ALLAH.
  • Tekad utntuk membantu keluarga dengan ilmu yang telah dipelajari terutama bagi kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau serdahana.
  • Ingin berbakti kepada masyarakat, agama dan bangsa.
  • Meningkatkan martabat Islam dimata dunia seperti yang tercatat didalam sejarah ISLAM.
  • Tekad untuk berada dalam golongan cerdik dan pandai.





2. Mendahului orang LaiN...


  • Persiapan awal dalam semua aspek kehidupan.
  • Sentiasa berusaha untuk berada setapak jauh kehadapan daripada orang lain.








3. MAhir dalam teknik Pembelajaran yang Berkesan...
  • Sentiasa membuat ulangkaji sebelum memasuki sub-tajuk/ tajuk yang akan diajarkan.
  • Membuat analisis apa yang telah diajari dan diaplikasikan dalam kehidupan.
  • Membincangkan semua perkara yang telah dipelajari dengan sahabat/ pensyarah.
  • Acap kali bertanyakan soalan untuk menambahkan pemahaman.
 
4.  Meminati Semua Subjek...
Jangan sampai jadi begini ye.....

5.  Mengetahui cara mengHadapi pEperiksaaN...
  • Membuat jadual belajar dengan teratur
  • Study soalan-soalan final atau latihan.
  • Study SMART not HARD.



6.  MEmbuat Ulangkaji paLing Berkesan...

Thursday, 18 March 2010

TiP Pengguna FaceBook

  • Memanipulasi akaun facebook untuk manfaat Islam melebihi kepentingan peribadi. Justeru, ruang yang ada gunakan sebagai medium untuk mempromosi kefahaman Islam melalui tulisan, video, audio dan sebagainya.
  • Tidak memasukkan perincian peribadi yang sensitif seperti akaun bank, taraf kesihatan dan sebagainya.
  • Tidak berkongsi terlalu banyak gambar peribadi.(wanita khususnya).
  • Jaga aurat dan pandangan mata. Jangan upload gambar yang tidak lengkap penutupan auratnya.
  • Elakkan ghibah(mengumpat) dalam facebook kerana mengumpat diibaratkan seperti makan daging saudara/ri sendiri.
  • Hadkan dan kurangkan perbincangan yang remeh-temeh peribadi yang membuang masa diri dan orang lain.
  • Tidak terlibat dengan permainan atau aplikasi yang dijangka becanggah dengan Islam seperti kuiz ramalan nasib.
  • Tidak mempercayai aplikasi tilik moden contoh----rahsia tarikh lahir.

Monday, 8 March 2010

Merawat MaraH seCara Amali

  • Membaca Ta'awwuz
-berlindung kepada Allah daripada kejahatan syaitan kerana marah itu datangnya dari syaitan.
  • Mengubah Posisi
-jika marah ketika berdiri, maka duduklah.
-jika marah ketika duduk, berdirilah.
-jika marah didalam bilik, keluarlah ke tempat lain.














  • Mengambil Wuduk


 wuduk menyejukkan api kemarahan

  • Diam
 diam dan banyakkan berdoa kepada Allah s.w.t

  • Banyakkan Berzikir
-banyakkan berzikir supaya dapat mengajak diri mengigati Allah sebagaimana hadis berikut:   "Ucapan yang paling baik dan disukai Allah ada 4 perkara tidak berat kepadamu untuk mengucapkan pada bila-bila masa sahaja iaitu; Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illah dan Allahuakbar ". (Riwayat Muslim)


  • Melakukan Amalan
-Solat Taubat.
-Membaca Al-Quran.
-Berpuasa Sunat.
-Bersedekah..
-Menolong orang.
-Membuat kebaikan dengan berpesan kepada kebaikan.

  • Minum air dan berdoa
-ada yang minum air zam-zam, dan air yang didoakan. Walauun begitu kita seharusnya meletakkan harapan sepenuhnya kepada Allah.

  • Mengawal Pernafasan
-Kehadiran oksigen kedalam ota dapat mengurangkan kemarahan. Jika tubuh kaya dengan oksigen, oksigen ini akan dibawa oleh darah ke kepala. Oksigen yang banyak didalam darah akan membawa ketenangan.

  • Menjaga Diet Pemakanan

  • Kegiatan Fizikal 

 Lakukan senaman yang bersesuaian dengan fizikal kita sendiri.

  • Lakukan Aktiviti berlainan
-cari suasana yang merangsang kepada ketenangan dan cuba larikan diri dari kawansan yang boleh mengundang kemarahan.

 
contoh : scuba diving

Keistimewaan BanGun SeBeLum Subuh...dan Selepas Subuh

Sebelum Subuh
  • Solat Tahajud 2,4,6 atau 8 rakaat dan disudahi dengan Solat Witir 3 rakaat atau 1 rakaat.
  • Bersahur jika hendak berpuasa sunat (Isnin & Khamis).
  • Membaca beberapa lembaran Al-Quran.
  • Menulis Blog @ Facebook.
  • Menyedut udara yang belum tercemar dan segar.
  • Menikmati keindahan alam.
  • Bersedia untuk ke Masjid.




Selepas Subuh

  • Berwirid atau berzikir.
  • Mendengar Kuliah subuh.
  • Menghafal @ Membaca sedikit ilmu.
  • Berjogging bagi menyihatkan tubuh badan disamping mencerdaskan otak!
  • Membersihkan halaman rumah.
  • Membaca akhbar hari itu.
  • Memberi makan kepada haiwan peliharaan.
  • Membasuh pakaian.

Jadi mengapa manusia zaman ini masih tidur selepas solat subuh...wal hal, masih banyak perkara yang boleh dilakukan...
Renungkanlah wahai sahabat.....dan sahabiah....
Jangan biarkan syaitan terus menodaimu....

Sunday, 28 February 2010

3 KatEgoRi Manusia....

Saya MestiLah Hidup Untuk Islam...
  • Pengakuan beragama Islam bererti sya mesti hidup berdasarkan ISLAM, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlak. Jikaulau sya mengaku diri saya seorang muslim ertinya saya, rumah-tangga saya dan ahli keluarga saya mestilah hidup menghayati ISLAM.


  • Golongan yang hidup untuk dunia sahaja
    golongan ini merupakan golongan kebendaan(materialistik); berdasarkan falsafah dan golongan 'Dahriyyin'. Pandangan Dahriyyin ini di jelaskan oleh Al-Quran sebagai berikut :







    Malay :
    " Dan tentu mereka akan mengatakan (pula) :" Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan".
    English :
    They say (subconsciously), "We live only this life; we will not be resurrected."
    (Surah Al-An'am 6: Ayat 29)



    Allah berfirman :







    Malay :
    "Mereka berkata : Kehidupan kita ini tiada lain melainkan kehidupan di dunia sahaja, kita mati(tiada) kemudian kita hidup dan tidak ada membinasakan kita selain dari masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka itu tiada lain hanya menduga-duga sahaja".
    English :
    They said, "We only live this life; we live and die and only time causes our death!" They have no sure knowledge about this; they only conjecture.

    (Surah Al-Jathiyah 45 : Ayat 24)


    • Golongan yang Sesat antara Dunia dan Akhirat
    Mereka ini ialah orang kebanyakan. 'Aqidah mereka telah menyimpang namun, mereka menyangka yang mereka telah berbuat baik. Walaupun mereka ini percaya kepada Allah dan hari akhirat, namun 'aqidah  mereka tidak lebih dari gambaran palsu yang terputus dari realiti kehidupan.


     
    Melayu :
    "Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan,binatang-binatang ternakan dan sawah-ladang. Itulah kesenangan hidup didunia dan di sisi Allah tempat kembali yang baik".
    English :
    Adorned for the people are the worldly pleasures, such as the women, having children, piles upon piles of gold and silver, trained horses, livestock, and crops. These are the materials of this world. A far better abode is reserved at GOD.

    ( Surah Ali-'Imran 3 : Ayat 14)
    • GolonGan yang Menganggap duNia adalah LadanG untuk Akhirat
    Mereka inilah golongan yang benar-benar beriman, mereka mengetahui hakikat hidup ini. Mereka menginsafi nilai hidup dunia ini dibandingkan dengan akhirat, kerana firman Allah s.w.t. :

     
    Melayu :
    "Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda-gurau dan sesungguhnya kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang betaqwa. Apakah kamu tidak berfikir".
    English :
    He is the one GOD in the heavens and the earth. He knows your secrets and your declarations, and He knows everything you earn. 
    (Surah Al-An'am 6 : Ayat 3)